Jika anda mempunyai bahan multimedia seperti video, audio, animasi dan seumpanya; bahan-bahan tersebut boleh dikepil bersama di dalam entri pos and di blogspot anda.
Sebagai contoh, saya membuat "embeded" video di atas bersumberkan dari https://youtu.be/WTd9dSPiUTw
Oleh kerana youtube dan blogspot sekarang ini ialah dari satu keluarga Google, mereka telah permudahkan antaramuka utnuk proses "embeded"
Kod "embeded" saya tandakan biru. |
Jika anda lihat entri anda, atau sunting entri anda dalam mod "HTML", ilustrasi di atas itulah contohnya, bagaimana entri anda akan kelihatan untuk kod "embeded".
Ada beberapa pendekatan (approach) untuk dapatkan kod dan sunting/tambah di dalam entri pos anda.
Pendekatan cadangan 1
1. Di dalam mod sunting/edit pos anda, (Guna mod "Compose" dan bukan "HTML"), anda boleh gunakan bebutang "Insert a video" yang terletak pada bar WYSIWYG pos anda.
Pendekatan cadangan 1 : Gunakan bebutang "Insert a video" |
Sub tetingkap tetapan video |
3. Pilih sumber sama ada dari komputer/gajet (upload), dari siarang Youtube (anda boleh buat carian terus dari sini), dari "Youtube Channel" anda sendiri, video yang dimuat naik ke Google Drive anda dari gajet/telefon, atau dari "webcam"/mikrofon komputer/gajet anda.
4. Jangan lupa klik bebutang "Select" setelah tetapan dibuat.
jsgdjgdsjdjsgd
BalasPadam