Langkau ke kandungan utama

Perisian Microsoft Office 365 Untuk Pelajar dan Guru Malaysia

Portal Microsoft Office, Welcome Page/Dashboard
Words, Powerpoint dan Excel sinonim dengan aplikasi wajib dikenali oleh masyarakat dunia. Ini kesan dari pelan pemasaran oleh syarikat gergasi Microsoft Corps di era 80-an dahulu. Dengan kehadiran pelbagai jenis Sistem Operasi komputer/gajet yang menguak dominasi dalam sistem perkomputeran abad ini, Microsoft Office masih lagi berada pada "ranking" 5 teratas dalam kegunaan yang selesa oleh segenap pengguna.

Sekiranya anda seorang guru mahupun pelajar yang memperoleh akses dan ID 1BestariNet, ada kemudahan muat turan dan menggunakan aplikasi penuh Microsoft Office 365 Education.


Akses 1BestariNet anda di https://hopin.frogasia.com/ atau dengan pautan yang dibekalkan kepada anda

Layari https://products.office.com/EN-MY/student/office-in-education?tab=teachers
Saya dimaklumkan bahawa insentif ini diberikan percuma kepada semua pemilik ID 1BestariNet. Adakah anda ada dan layak untuk insentif ini mahupun ID 1BestariNet.

Tinjaulah ke halaman rasmi 1BestariNet untuk maklumat lanjut dan juga ke halaman rasmi Microsoft Office 365 Education.

Aplikasi Word, Powerpoint, OneNote dan Excel atas platform Mac OS


Pautan
  1. Halaman rasmi 1BestariNet di http://1bestarinet.net/
  2. Halaman rasmi Office 365 Education di https://products.office.com/EN-MY/student/office-in-education
  3. Carian VLE Frog sekolah anda di http://1bestarinet.net/?page_id=741 
Terima kasih kerana sudi meninjau saya di sini. Tinggalkan komen anda atau kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mereka mungkin perlukan aplikasi-aplikasi ini.

Di bawah artikel ini ada butang-butang perkongsian. Klik dan kongsikan maklumat ini. Bantu saya sebarkan maklumat ini. TQ. :)


Peringatan : Tertakluk kepada terma dan syarat oleh penyedia-penyedia khidmat. Sila tinjau saluran rasmi mereka untuk pengesahan sebarang maklumat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aktiviti Mengenal dan Pengukuhan Matematik, Nombor dan Ejaan. (7 tahun)

Salam. Semalam, anak saya minta bantuan saya dengan kerja sekolah Matematiknya. Perkara ini membuatkan saya seterusnya mengkagumi dengan cikgu. Untuk menyediakan ABM dan baham P&P, memerlukan tenaga dan fikiran. Di sini saya sertakan "template" kerja sekolah yang seperti anak saya buat ini, dengan ciri-ciri yang saya fikir dapat bantu mengasingkan huruf dengan lebih cekap. Terutamanya, murid murid dapat bezakan guntingan untuk nombor "u" dan "n", "d" dan "p", "6" dan "9". Semoga bermanfaat. Klik Kanan "Save image as..."

Contoh "embeded" video atau bahan multimedia dalam entri pos

Jika anda mempunyai bahan multimedia seperti video, audio, animasi dan seumpanya; bahan-bahan tersebut boleh dikepil bersama di dalam entri pos and di blogspot anda. Sebagai contoh, saya membuat "embeded" video di atas bersumberkan dari https://youtu.be/WTd9dSPiUTw Oleh kerana youtube dan blogspot sekarang ini ialah dari satu keluarga Google, mereka telah permudahkan antaramuka utnuk proses "embeded" Kod "embeded" saya tandakan biru. Jika anda lihat entri anda, atau sunting entri anda dalam mod "HTML", ilustrasi di atas itulah contohnya, bagaimana entri anda akan kelihatan untuk kod "embeded". Ada beberapa pendekatan (approach) untuk dapatkan kod dan sunting/tambah di dalam entri pos anda. Pendekatan cadangan 1 1. Di dalam mod sunting/edit pos anda, (Guna mod "Compose" dan bukan "HTML"), anda boleh gunakan bebutang "Insert a video" yang terletak pada bar WYSIWYG pos anda. P...