Salam. Semalam, anak saya minta bantuan saya dengan kerja sekolah Matematiknya. Perkara ini membuatkan saya seterusnya mengkagumi dengan cikgu. Untuk menyediakan ABM dan baham P&P, memerlukan tenaga dan fikiran. Di sini saya sertakan "template" kerja sekolah yang seperti anak saya buat ini, dengan ciri-ciri yang saya fikir dapat bantu mengasingkan huruf dengan lebih cekap. Terutamanya, murid murid dapat bezakan guntingan untuk nombor "u" dan "n", "d" dan "p", "6" dan "9". Semoga bermanfaat. Klik Kanan "Save image as..."
Assalamualaikum wbt. Minggu yang lepas, saya telah memasang papan Doa Selepas Berwudu' di Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin, Batu Pahat. Bahannya terdiri daripada papan akrilik 2mm dan cetakan alat perekat dengan lapisan UV. Ianya berukuran 3kaki lebar dan 1.5kaki tinggi. Saya menggunakan inkscape untuk membuat susun atur grafik. Huruf hijaiyah dan jawi saya menggunakan www.ejawi.net dan www.arabic-keyboard.org. Semakan ejaan telah dibuat oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Doa Selepas Berwuduk